|
Post by anastasia on May 29, 2010 9:23:53 GMT 7
Festival Muzik KL 2010 - Konsert Ella Bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan @ Panggung Sari, Istana Budaya, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur (01 & 02/07/10)When: Thursday & Friday, 01 & 02 July 2010, 8:30pm - 10.30pm Jangan ketinggalan berhibur bersama Ratu Rock Malaysia, Ella dalam konsert sulungnya di pentas berprestij, Istana Budaya bersama barisan pemuzik Orkestra Simfoni Kebangsaan, Datuk Ahmad Jais dan Tunas Budaya. Pastinya konsert ini dinanti-nantikan oleh peminat Ella, memandangkan Ella sudah sekian lama tidak beraksi di pentas konsert. Konsert sempena Festival Muzik Kuala Lumpur 2010 ini dibawakan oleh Canon Malaysia dan dianjurkan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN). Konsert Ella akan mengetengahkan lagu-lagu popular ratu rock yang terus segar hingga ke hari ini. Anda dinasihatkan membeli tiket lebih awal, kerana konsert ini dijangka mendapat sambutan hangat dan penganjur menjangkakan tiket akan habis dijual seminggu menjelang tarikh persembahan. Ticket Price: Rm 250.00, RM 200.00, RM 180.00, RM 80.00 & RM 50.00 For more information: www.ticket2u.bizwww.klfestival.org.myTel: 03 - 4026 5558
|
|