|
Post by anastasia on Mar 9, 2010 12:35:02 GMT 7
Teater Ju Meo @ Lambang Sari, Istana Budaya, Jalan Tun Razak, Kuala Lunpur (06 - 07/04/10)Saksikan intepretasi istimewa Romeo dan Juliet Kalaulah cinta di dunia boleh disambung selepas mati. Kalaulah mendiang Romeo dan Juliet masih boleh pulang ke bumi, walaupun di dimensi yang lain, apakah gamaknya kesudahan cinta mereka. Saksikan interpretasi terbaru kisah Romeo dan Juliet. Konsep PersembahanPementasan ”JU dan MEO” merupakan sebuah teater berkonsepkan minimalis. Konsep minimalis ini merupakan satu gerakan yang meminimumkan kerja atau karya kepada sifat-sifat atau ciri-cirinya yang paling asas dalam seni dan reka bentuk, terutamanya dalam seni visual dan muzik. Cerita yang berinspirasikan karya klasik Shakespeare ”Romeo and Juliet” ini mengambil pengkisahan Romeo dan Juliet selepas mati sebagai dasar penceritaan. Penerapan elemen-elemen muzikal akan diperaktikkan secara eksperimental minimalis dalam pementasan yang akan memberikan penumpuan kepada dua watak utama iaitu Ju dan Meo. Selain memainkan lakonan, watak akan melakukan nyanyian secara langsung dengan iringan piano solo dan secara acapella. Rekaan set pentas diminimumkan dan didominasi oleh permainan imej-imej abstrak secara kreatif. Seating Plan & Ticketing Information:RM 10.00 For more information: www.ticket2u.biz
|
|