Post by anastasia on Mar 9, 2010 10:33:13 GMT 7
Muzikal Teratak Minang @ Panggung Sari, Istana Budaya, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur (16 - 18/04/10)
Muzikal yang menggabungkan artis-artis dari Indonesia.
Muzikal Teratak Minang adalah sebuah produksi istimewa, kerana ia akan menggabungkan artis-artis Indonesia dan Malaysia.
Muzikal ini membawa kisah percintaan dan harapan. Latar ceritanya bercirikan masyarakat Minang, tetapi temanya masih universal. Ia mengisahkan zaman anak muda mengembara dan berhijrah ke negeri asing untuk mencari rezeki. Konfliknya berbagai; cabaran hidup di negeri orang, ketidak tentuan dan sebagainya hinggalah ke kekasih dan harapan yang ditinggalkan.
Begitulah yang berlaku kepada Buyung. Beliau meninggalkan kekasih Siti Nurbahyah di Minang, untuk mengembara ke tanah seberang. Cinta Siti Nurbahyah utuh, tetapi tradisi di masa itu menekan orang tuanya untuk memaksa beliau berkahwin dengan pilihan keluarga.
Konflik SitiNurbahyah berpindah ke Buyong. Hatinya luluh dan kecewa. Segala harta yang dicari tidak ada ertinya lagi apabila Siti Nurbahyah akan dikahwini orang. Namun seperti kata orang, bunga bukan sekuntum dan selepas kekecewaannya berlalu, hati Buyong terpaut kepada seorang gadis lain bernama Lisa.
Malang kepada Buyong, konfliknya berlarutan. Kasih Lisa rupa-rupanya mempunyai persaingan. Saing Buyong kepada kasih Lisa adalah seorang anak tempatan. Ini mengeruhkan konflik Buyong. Tidak cukup dengan saingan Uda tersebut, penduduk tempatan juga prejudis kepada Buyong kerana beliau adalah anak dagang.
Saksikan artis-artis Malaysia dan Indonesia bergabung menjayakan teater muzikal ini.
Seating Plan & Ticketing Information:
RM 30.00, RM 50.00, RM 70.00, RM 100.00, RM 150.00
For more information: www.ticket2u.biz