Post by anastasia on Dec 16, 2018 22:48:46 GMT 7
“Biso Bonar” Datuk Hattan Ternyata Berbisa
Meskipun showcase “Biso Bonar” Datuk Hattan bermula agak lewat kerana memberi ruang kepada peminat muzik yang juga penyokong Harimau Malaya menyaksikan perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2018, itu bukanlah halangan bagi peminat terus memakukan diri untuk menghayati lagu-lagu yang pernah melatari kerjaya seni Hattan.
Lebih 30 tahun Mohd Shukri Shahabudin atau lebih d**enali sebagai Hattan mengabdikan diri dalam dunia seni ternyata berbaloi apabila lebih 18 buah lagu dipersembahkan dalam showcase eksklusif beliau yang telah di adakan pada 15 Disember lalu bertempat di The House G-Tower, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.
Hattan memulakan persembahan dengan lagu yang juga menjadi judul showcase “Biso Bonar”, sudah cukup untuk memaksa hadirin untuk bernyanyi bersama. Tanpa ada kata bicara pentas terus di panaskan dengan sebuah lagi lagu, Cinta Si Rama-Rama. Antara lagu yang meletakan diri beliau sebagai penyanyi solo terbaik.
“Saya sebenarnya sudah tekad untuk tidak lagi ‘perform’, tetapi kerana sahabat dan peminat yang berjaya memujuk, akhirnya saya putuskan untuk beraksi”.
“ Ini kali pertama saya muncul dalam persembahan solo setelah 12 tahun tidak beraksi ‘live’ di Kuala Lumpur”, ujarnya lagi seraya menyampaikan lagu yang berjudul Dari Kekasih Kepada Kekasih.
Datuk Hattan turut berkongsi kisah dukanya ketika mengadakan persembahan di Kluang, dimana beliau telah di tipu promoter funfair, lantaran itu terciptalah lagu Dol Hancing yang turut melatari persembahan malam itu, Cinta Pertama juga dicipta berasaskan daripada pengalaman beliau sendiri sewaktu sudah bergelar artis rakaman. Inilah istimewanya showcase ‘Biso Bonar’ yang menyingkap sedikit kisah suka duka Datuk Hattan sebagai anak seni.
Beberapa buah lagu popularnya turut dipersembahkan secara medley antaranya Hitam Bukan Impian, Rendang Tidak Berbuah, Arca dan Rindu Bertandang Lagi.
Pentas terus di hangatkan dengan lagu Gerhana yang turut mengundang lontaran vokal daripada hadirin yang hadir. Datuk Hattan kemudiannya berduet bersama anaknya Adam menerusi lagu Gadis Jolobu.
“Selain lagu-lagu hit sendiri, saya juga akan menyanyikan lagu penyanyi lain yang saya suka seperti lagu dendangan Ramli Sarip dan M. Nasir, mereka ini adalah sifu saya yang banyak memberi inspirasi sewaktu saya berkarya”, ujarnya seraya mengalunkan beberapa buah lagu antaranya Keroncong Untuk Ana dan Kamalia.
Usai persembahan secara akaustik Hattan kemudiaannya memanaskan pentas dengan lagu Duit. Tanpa di rancang Joe Branko yang baru sahaja selesai membuat persembahan di Hard Rock Café Kuala Lumpur di jemput oleh Hattan untuk berkolaborasi bersamanya melalui lagu Sekuntum Mawar Merah Sebuah Puisi yang telah di gubah melodinya menjadi nuansa blues.
Datuk Hattan menutup tirai mini showcasenya dengan lagu Mahligai Syahdu yang turut mengajak hadirin untuk sama-sama melontarkan vokal mereka.
Persembahan bertenaga yang turut menggabungkan ahli kumpulan Kristal seperti Rody (pemain gitar utama) dan Acap (pemain dram) ternyata memberi kekuatan tersendiri yang menghimpunkan rangkaian lagu-lagu popular yang di petik daripada album-album Nostalgia, Hattan, Antem, Ana Permata Timur, Satu Malaya Dah Tau, Biso Bonar, Palestin Jangan Menangis dan sebagainya.