|
Post by anastasia on Oct 24, 2017 19:34:51 GMT 7
Panggung Seni Tradisional 2017: Teater Tradisional Melayu-Jikey @ Dewan Tunku Abdul Rahman, MaTiC, Jalan Ampang, Kuala Lumpur (27 & 28/10/17)When: 8.30pm, Friday & Saturday, 27th & 28th October, 2017 Teater tradisional Jikey adalah sejenis teater rakyat terkenal dalam kalangan penduduk utara semenanjung khususnya di negeri Kedah dan Perlis. Jikey dipercayai berasal dari India dan di Tanah Melayu ini ia terdapat dalam dua versi iaitu: Jikey Kedah dan Jikey Langkawi. Jikey amat popular pada sekitar tahun 1960-an dan menampilkan ciri-ciri tempatan dalam persembahan dengan menggabungkan muzik, nyanyian, tarian dan lakonan yang menghiburkan disulami dialog-dialog lucu. Jikey turut popular di Selatan Thailand dengan nama Likey terutama di wilayah Satun dan Phuket. Struktur persembahan Jikey mempunyai persamaan dengan persembahan Makyong dan Mek Mulung; yang membezakan persembahan-persembahan tersebut adalah segi bahasa (loghat), busana, kisah dan watak serta latarbelakang cerita. Jikey dianggap sebagai ‘folks cultural’ atau cerita-cerita rakyat dalam masyarakat tradisional dan ia dipersembahkan dalam bentuk teater keliling menggunakan gelanggang yang dibina di atas tanah bagi memudahkan penonton menyaksikan persembahan yang di pentaskan. Bagaimanapun Jikey kini telah diubahsuai dan dipersembahkan di pentas-pentas terbuka. Tickets Prices: RM 20.00 & RM 50.00 (Premier) Hotline: +6010 3693964 / +6019 5635036 For More Information: Phone: +603 26148200 / +603 92354900 URL: www.jkkn.gov.my/TW: twitter.com/mysenibudayaFB: web.facebook.com/PanggungSeniTradisional2017/
|
|