Post by anastasia on Feb 17, 2015 7:35:59 GMT 7
Teater Kena Main @ Panggung Sari, Istana Budaya, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur (27/3 - 5/4/15)
Kisah bermula apabila Jusuh, Daud dan Mona – pemuzik jalanan yang cacat penglihatan – didatangi Laila dan Jamil (peguam) dari Persatuan Kebajikan bagi Orang-orang Cacat yang menawarkan kumpulan itu untuk membuat persembahan pada malam amal anjuran persatuan tersebut. Dengan tawaran tersebut, Jusuh turut bercadang untuk mengajak Pie, pemuzik jalanan (dan cacat penglihatan) yang bermain solo tidak jauh dari tempat mereka untuk turut serta dalam persembahan berkenaan.
Sepeninggalan Jusuh dan Daud untuk mencari dan berbincang dengan Pie, penagih dadah yang mendapat tahu cerita Mona melarikan diri dari keluarga merancang untuk mengugut Mona bagi mendapatkan wang. Namun, kehadiran Pie ke tempat tersebut dan kebijaksanaan Mona berjaya membantutkan agenda penagih dadah itu. Namun, Mona yang menyangka Laila dan Jamil adalah pegawai polis cuba melarikan diri sehingga terjatuh dan terus meraung. Laila dan Jamil berjaya memujuk Mona yang turut menceritakan keadaan sebenar beliau yang tidak mahu menjadi beban kepada keluarganya. Malah, mereka juga memberi jaminan untuk membantu Mona dan memujuknya untuk mengikut mereka ke balai polis.
Daud dan Jusuh yang datang semula ke tempat mereka terkejut melihat Pie yang berada di situ. Pie menceritakan apa yang terjadi sambil menyakat Daud bahawa polis turut mencari dan ingin menangkapnya. Daud yang berasa takut kerana dia sebenarnya yang mengatur rancangan sehingga Mona dapat melarikan diri daripada keluarga akhirnya pergi ke balai polis untuk menyerah diri. Jusuh dan Pie terus kebingungan setelah menyedari bahawa mereka tidak akan dapat memenuhi jemputan persembahan oleh persatuan itu tanpa Mona dan Daud.
Apakah yang akan terjadi seterusnya? Adakah mereka berjaya merungkai dilema untuk melakukan persembahan pada malam amal anjuran persatuan tersebut? Siapakah yang bermain dan siapa pula yang kena main? Saksikannya dalam teater Kena Main bermula 27 Mac hingga 5 April ini, bertempat di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur. Jangan lepaskan persembahan hebat ini yang dibawakan khusus oleh Istana Budaya dan Institut Terjemahan & Buku Malaysia. Saksikannya!
Menampilkan
Sabri Yunus - sebagai Penjual ubat
Eman Manan - sebagai Pie
Ebby Saiful - sebagai Jusuh
Sani Sudin - sebagai Daud
Aida Othman - sebagai Mona
Mohd Rodhi MD. Noor - sebagai Mat Pit
Azizah Mahzan - sebagai Laila
Azman Hassan - sebagai Jamil
Penampilan istimewa KHALID SALLEH sebagai Miskun & FAUZIAH NAWI sebagai Peminta sedekah
Ticketing Information:
Ticket Prices:
RM 155.00, RM 105.00, RM 85.00, RM 55.00 & RM 35.00
Rock Corner Outlets:
The Gardens, Mid Valley - +603 22014893
KLCC - +603 21815560
Subang Parade - +603 56131139
The Curve - +603 77331139
Victoria Music Outlets:
Sg Wang - +603 21487208
Amcorp - +603 79560592
Tropicana - +603 77222955
BSC - +603 20931093
Penang Outlets:
Artist Gallery, Gurney Plaza
Artist Gallery, Queensbay Mall
Tune Store- Low Yat Plaza
Ticketing Online: +603 87754666
Online Booking: www.airasiaredtix.com