Post by anastasia on Oct 26, 2021 13:47:56 GMT 7
Anugerah Lagu Indie (ALI) 2021 Semi Finalists Reveal (21/10/2021)
Top 30 Bakal Beraksi di Separuh Akhir Anugerah Lagu Indie 2021.
Anugerah Lagu Indie 2021 (#ALI2021) telah mengumumkan 30 buah lagu yang layak ke pusingan Separuh Akhir semasa berlangsungnya sidang media di Lanai Santai, Spacerubix petang tadi.
Tahun ini merupakan tahun kedua Anugerah Lagu Indie (ALI) dilangsungkan dan jumlah penyertaan yang diterima telah membuktikan bahawa platform ini semakin mendapat perhatian daripada para penggiat muzik indie tanah air.
Pada tahun ini, ALI telah merekodkan sebanyak 757 buah penyertaan berbanding 630 buah penyertaan pada tahun lalu. Antara genre lagu yang diterima tahun ini adalah Pop, Rock, Rap, Ballad, Hardcore, Nusantara, House, Ska dan Jazz.
Sidang media tersebut telah dihadiri oleh barisan tulang belakang Anugerah Lagu Indie; Ahmed Faris Amir selaku Ketua Pegawai Eksekutif Rakita dan Jennifer Thompson selaku Ketua Juri, bersama-sama dengan rakan kerjasama #ALI2021 iaitu Esports Integrated (Rakan Sukan Elektronik), TuneCore dan Believe (Rakan Muzik), dan Spacerubix sebagai Penaja Lokasi.
“Semua tahu bahawa industri hiburan adalah salah satu daripada industri yang paling terjejas semasa pandemik COVID-19. Tapi melihat kepada jumlah penyertaan yang diterima pada tahun ini, ternyata pemuzik-pemuzik indie tanah air telah membuktikan bahawa pandemik bukanlah suatu cabaran yang tidak boleh didepani,” ulas Ahmed Faris Amir.
“Saya lihat komuniti muzik indie di Malaysia ini sangat aktif dan saling menyokong antara satu sama lain. Ambil contoh sambutan Hari Gig Kebangsaan yang telah berlangsung April lalu dan lihat bagaimana mereka berjaya menyempurnakan sejumlah 25 gig walaupun dengan sasaran awal cuma 10 gig sahaja. Semangat dan dedikasi yang mereka tunjukkan telah memberi inspirasi kepada saya dan harap agar ia dapat menjadi penanda aras kepada hala tuju industri tersebut,” tambah beliau.
Sejak lagu-lagu Top 200 diumumkan menerusi laman instagram rasmi @anugerahindie pada 12 Oktober lalu, kini lagu-lagu tersebut sudah pun boleh didengari menerusi laman Spotify kami di sini.
Jennifer Thompson semasa sidang media tersebut berkata, “Tahun ini proses penilaian sememangnya tidak mudah. Top 30 daripada Top 200 adalah terbaik daripada terbaik. Barisan juri-juri berkaliber, dengan setiap seorang daripadanya pernah terlibat dalam semua jenis genre dalam industri serta berpengalaman luas dalam muzik indie, benar-benar telah membantu kami membuat pemilihan Separuh Akhir. Percaya atau tidak, sebenarnya kami pun sama-sama teruja untuk mengetahui keputusannya kerana sejujurnya kami juga tidak menyangka terdapat begitu banyak lagu-lagu yang bagus sepanjang proses penilaian.” “Walau bagaimanapun, ini bukanlah soal menang atau kalah. Ini adalah soal meraikan bakat dalam industri indie yang pelbagai. Itulah yang dipercaya dan diperjuangkan oleh ALI,” tambah beliau.
Lagu-lagu yang tersenarai dalam Top 30 akan berentap di pusingan Separuh Akhir bermula pada 6 November ini (10 buah lagu), diikuti 13 November (10 buah lagu) dan 20 November (10 buah lagu) bertempat di Angkasa Event Space dan ditayangkan
secara langsung menerusi Youtube Anugerah Lagu Indie. Hanya 12 lagu terbaik sahaja yang akan mara ke Finale Anugerah Lagu Indie 2021 pada 18 Disember ini.
Anugerah Lagu Indie 2021 adalah sebuah inisiatif hasil kolaborasi strategik daripada Hashtag Media Sdn. Bhd., Kamar Seni Studio, Angkasa Event Space, dan Rakita 107.9 #MuzikPalingLit.
Song Title / Composer / Lyricist / Artiste / Genre
For More Information:
Email: anugerahlaguindie@gmail.com
URL: www.anugerahlaguindie.com/
TW: twitter.com/anugerahindie
IG: www.instagram.com/anugerahindie
FB: www.facebook.com/anugerahindie