Post by uptowndragon on Feb 14, 2018 23:10:22 GMT 7
Sheila On 7 Live In KL @ StarXpo Centre, KWC Fashion Mall (10/2/18)
LEBIH 7000 "SHEILA GANK" TERUJA AKSI SHEILA ON 7
Story: Nazrulazuad Ahmad Photos: Mohd Noor
Selepas muncul dengan persembahan hebat pada Mac 2016, kumpulan Sheila On 7 sekali lagi menjejakkan kaki mereka untuk menghiburkan peminat menerusi konsert 'Sheila On 7 - Live In Kuala Lumpur 2018' yang telah diadakan pada 10 Februari lalu. Konsert gilang gemilang itu telah diadakan di StarXpo Hall, KWC Fashion Mall, Kuala Lumpur.
Sekitar jam 9.15 Natasha Sass telah dipertanggungjawabkan sebagai ‘pemanas acara’. Mungkin ramai di kalangan pencinta seni tempatan tidak begitu mengenali beliau, tetapi pengalaman sebagai opening act untuk konsert Afgan di Planery Hall KLCC beberapa tahun dahulu merupakan titik permulaan beliau sebagai seorang insan seni. Beliau menyampaikan 3 buah lagu antaranya ialah Menghitung Hari dendangan Kris Dayanti dan Repeat.
Tepat jam 9.20 empat figura yang mengelarkan diri mereka sebagai Sheila on 7 mula menakluki pentas, Brian, Eros, Duta dan Adam telah mengundang histeria daripada peminat yang mula memenuhi segenap ruang di hadapan pentas. mereka mempertaruhkan lagu Harber sebagai bukti kewujudan mereka di Malaysia. Tanpa banyak bicara SO7 terus melontarkan lagu beberapa buah lagu lagi antaranya ialah J.A.P dan Bila Kau Tak Disampingku.
"Selamat malam semuanya dan assalammualaikum, kami SO7 cukup berbesar hati atas sokongan kalian, bukan hanya peminat dari Malaysi tetapi Brunai, Singapura dan Indonesia. Terima kasih sekali lagi," ujar Duta selalu vokalis SO7.
Seraya mengalunkan lagu Seberapa Pantas. Penonton yang sedari awal duduk di bangku yang disediakan kini mula bangun malah turut bernyanyi bersama. SO7 ternyata cukup energetik di atas pentas jadi tidak hairanlah mengapa album-album mereka begitu laris selain membariskan lagu serta melodi yang cukup sesuai dengan jiwa peminat mereka.
SO7 kemudiannya mendendangkan lagu yang berjudul Tunjuk Satu Bintang, Dan, Itu Aku yang disampaikan secara Medley. Pastinya ianya mengembalikan nostalgia SO7 dimana lagu ini turut membesar bersama ‘Sheila Gank’. Apatah lagi ketika lagu-lagu seperti Melompat Lebih Tinggi dan Pria Terhebat membawa peminat terus melayang bersama SO7. Atmosfera di lokasi di meriahkan dengan lontaran vokal peminat yang turut serta bernyanyi bersama.
Sebuah lagu baru yang berjudul Film Favorit turut di persembahkan malah lebih istimewa lagu ini buat pertama kali di persembahkan di hadapan khalayak di Malaysia. Peminat kembali menggila ketika lagu Sephia mula kedengaran. Kombinasi menarik di antara Eross, Adam dan Duta memberikan jalur yang cukup menarik.
Pastinya lagu Sephia menjadi lagu yang paling di nantikan oleh setiap Sheila gang yang memenuhi segenap ruang di Kenanga Expo Hall. Tanpa di rancang SO7 kemudiannya membawa lagu yang sudah cukup untuk seluruh ruang konsert berlangsung terus bergema dengan nyanyian bersama, Berhenti Berharap nyata memberi impak yang cukup kepada khalayak. Sheila On 7 telah mempersembahkan lebih 17 buah lagu untuk konsert khas buat peminat mereka di Malaysia yang tidak jemu-jemu memberikan sokongan.
Konsert 'Sheila On 7 - Live In Kuala Lumpur 2018' anjuran Netzahprocject.com tidak akan menarik tanpa limpahi cahaya daripada lampu-lampu yang melatari pentas, ianya berjaya menghidupkan lagi perjalanan konsert serta garapan sistem bunyi yang cukup membangkitkan aura.
Sejak ditubuhkan pada 6 Mei 1996, SO7 telah menghasilkan sebanyak sembilan buah album iaitu Sheila On 7 (1999), Kisah Klasik Untuk Masa Depan (2000), Anugerah Terindah Yang Pernah Ku Miliki (2000), 07 Des (2002), Pria Terhebat (2004), 507 (2006), Menentukan Arah (2008), Berlayar (2011) dan Musim Yang Baik (2014).