|
Post by anastasia on Mar 6, 2015 16:40:20 GMT 7
Teater Baik Punya Cilok @ Panggung Sari, Istana Budaya, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur (25/4 - 1/5/15)Pada awal bulan Mac 2015, sebuah undian telah dijalankan dimana orang ramai diberi pilihan untuk menentukan filem apakah yang patut dijadikan persembahan pentas di Istana Budaya. Antara filem yang tercalon dalam undian adalah filem Pontianak vs Orang Minyak, Baik Punya Cilok, Lemak Kampung Santan, Papadom, Sumolah dan Buli. Keputusan menunjukkan yang rata-rata peminat filem dan peminat teater ingin melihat Baik Punya Cilok, filem arahan Afdlin Shauki pada tahun 2005 yang pernah memenangi beberapa anugerah, dibawa ke pentas teater; sewajar dengan ulangtahun ke-10 filem tersebut. Seperti filemnya, Teater Baik Punya Cilok akan mempertemukan semula watak Aben (Afdlin Shauki), Bob (Awie), Jerry (Hans Isaac) dan Wak (Datuk AC Mizal) di atas satu pentas. Saksikan kisah lucu 4 orang sahabat, Aben, Bob, Jerry dan Wak yang berpakat untuk merompak Tauke Wong (Douglas Lim), seorang tauke kedai pajak yang telah menipu Wak semasa Wak cuba menebus semula kerongsang pemberian neneknya. Adakah rompakan mereka akan berjaya atau sebaliknya? Ticketing Information:Ticket Prices:RM 55.00, RM 85.00, RM 110.00, RM 140.00, RM 160.00 & RM 190.00 Diskaun 20% untuk Lawak ke Der 2015 dan Baik Punya Cilok: www.ticket2u.biz/webcontents.aspx?PCID=NticahGSaF0UaxQmEeNkOA==Layout:Ticketing Hotline: +603 41478600 / +6019 21111600 Online Booking: www.ticket2u.bizFor More Information:Phone: +603 40265555 / +603 42532241 Email: info@istanabudaya.gov.myURL: www.istanabudaya.gov.myTW: twitter.com/IstanaBudayaFB: www.facebook.com/istanabudaya
|
|