Post by uptowndragon on Mar 8, 2009 4:18:07 GMT 7
AYU OIAM2 Ajak Pengguna Berjimat Bersama KADRIA
KUALA LUMPUR - Perjalanan karier Norayu Damit, 18, ternyata semakin cerah setelah menjuarai rancangan realiti televisyen terbesar Negara, One In A Million(OIAM) musim kedua. Membawa pulang wang tunai RM 1 juta, kini anak kelahiran Putatan, Sabah yang lebih d**enali sebagai Ayu yang ditemui semasa pelancaran program penjimatan KADRIA baru-baru ini berkongsi pengalamannya menggunakan produk itu. Dia yang menyertai KADRIA setelah diperkenalkan dengan program itu memberitahu, dia turut membantu KADRIA mempromosikan program yang dianggap membantunya berjimat.
“Saya turut membantu mempromosikan KADRIA kerana ini satu kesempatan yang baik untuk semua melakukan penjimatan. Kini, pelbagai cawangan perniagaan turut menyertai KADRIA, jadi selain berbelanja kita dapat berjimat secara bijak,” ujarnya dalam majlis yang turut dihadiri Pengurus Projek KADRIA, Amilludin Haji Hatip.
Berkenaan program ini, KADRIA membantu pengguna di Malaysia berbelanja dengan bijak kerana semakin banyak berbelanja, semakin besar peluang peserta memenangi hadiah dengan KADRIA. Dengan kos pendaftaran keahlian PERCUMA seumur hidup, peserta berpeluang membawa pulang pelbagai hadiah menarik yang ditawarkan selain baucer menerusi program pengumpulan mata ganjaran menerusi pembelian yang dipanggil RiaPoint. Dengan memperoleh 2,500 RiaPoint, peserta boleh menebus baucer bernilai RM10 selain melayakkan mereka menyertai cabutan bertuah.
Menerusi beberapa langkah mudah, peserta berpeluang memanfaatkan penyertaan mereka bersama KADRIA. Untuk menyertai program istimewa ini, pengguna boleh mengisi borang yang terdapat di mana-mana cawangan perniagaan terlibat dengan KADRIA dan perolehi KADRIA serta-merta, selain mendaftar secara online menerusi laman web www.kadria.com.my. Kemudian, peserta boleh mula mengumpul mata ganjaran menerusi pembelian di cawangan perniagaan yang mengambil bahagian dan menebus barangan kegemaran dengan mata ganjaran yang secukupnya.
Untuk mengambil bahagian dalam cabutan bertuah dan memenangi ganjaran istimewa pula, peserta harus berbelanja secara minimum berjumlah RM30 dalam resit tunggal di mana-mana cawangan perniagaan yang terlibat dengan KADRIA. Secara automatik, mereka berpeluang memenangi cabutan bertuah yang menawarkan hadiah pilihan.
Pelbagai jenis hadiah ditawar KADRIA kepada peserta menerusi program penebusan mata ganjaran, antaranya barangan berbentuk barangan dapur, gajet gaya kehidupan, permainan dan pendidikan, produk kecantikan dan wangian, barangan kesihatan, gajet berinovatif dan hiburan, baucer membeli-belah dan hidangan, barangan bayi serta beg dan bagasi. Penebusan hadiah juga boleh dilakukan dengan lebih mudah di cawangan terlibat.
KADRIA memiliki keistimewaannya tersendiri berbanding kad keahlian sedia ada. Lebih menarik, di bawah satu akaun, peserta boleh menambah lima kad keahlian tambahan yang boleh diguna bersama ahli keluarga dan rakan. Ini bermakna mereka boleh berjimat dan menikmati ganjaran bersama orang tersayang.
Layarilah laman web rasmi Kad Ria:
www.kadria.com.my/