Post by idolfan on Jul 13, 2006 18:44:00 GMT 7
utusan.com.my
LOW Sook Yee atau Suki merupakan satu-satunya peserta bukan Melayu yang bertanding dalam program realiti televisyen terbaru terbitan 8TV, One In A Million.
Suki bukan sahaja mempunyai vokal yang mantap tetapi dia juga bakal menjadi tumpuan para penonton selain 11 lagi peserta Melayu dalam program realiti tersebut.
Peserta berasal dari Seremban, Negeri Sembilan itu tentunya mempunyai peluang yang cerah untuk muncul juara dan seterusnya menggondol hadiah wang tunai berjumlah RM1 juta.
Ramalan itu berdasarkan Suki merupakan peserta One In A Million yang menerima undian khidmat pesanan ringkas (SMS) paling tinggi daripada penonton pada peringkat saringan sebelum ini.
Para penonton tanpa mengira kaum dijangka akan mengundi gadis Cina berusia 17 tahun ini terutama penonton kaum Cina.
Apatah lagi 8TV merupakan stesen TV di mana lebih separuh daripada jumlah penontonnya terdiri daripada penonton kaum Cina.
Sementara 11 lagi peserta Melayu dijangka menerima pecahan undian SMS bagi menentukan kedudukan masing-masing.
Suki dilihat mempunyai laluan yang mudah untuk muncul juara One In A Million kerana faktor-
faktor itu.
Mega sempat bertemu pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan King George V, Seremban dalam aliran sastera ini untuk bertanyakan ramalan tersebut.
Menurut Suki, dia tidak menganggap menjadi peserta tunggal bukan Melayu sebagai kelebihan, sebaliknya ia memberikan tekanan.
“Saya rasa mungkin inilah perasaan dan pengalaman yang dilalui Daniel sebelum dia muncul juara Malaysian Idol 2 pada tahun lalu.
“Bagaimanapun, saya akan bekerja lebih keras bagi membuktikan bakat saya dalam bidang nyanyian. Jika tidak, penonton tidak kira kaum apa sekalipun yang mengundi saya, mereka tentunya akan berasa kecewa,” katanya pada sidang akhbar kelima program realiti TV itu di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Tambah Suki, dia meletakkan harapan yang tinggi untuk muncul juara bagi membantu meringankan beban keluarganya.
Selain bergelar pelajar yang akan mengambil peperiksaan SPM pada November ini, Suki juga bekerja sambilan sebagai guru piano di Institut Do Re Me, Seremban.
“Sama ada kalah atau menang, saya sudah merancang mahu sambung belajar di UiTM (Universiti Teknologi Mara) dalam bidang muzik selepas habis SPM dan juga berakhirnya program ini.
“Buat masa ini, saya juga akan menyertai kelas tuisyen sebagai persediaan untuk SPM,” ujarnya.
Suki yang mula bermain piano sejak berusia tujuh tahun memiliki gred 8 dalam skil piano.
Anak kedua daripada tiga beradik ini bukan setakat boleh menyanyi tetapi juga berbakat mencipta lagu.
Kata Suki, setakat ini dia sudah mencipta 30 buah lagu dan ada antara lagu-lagu ciptaannya dinyanyikan oleh penyanyi popular.
“Lagu ciptaan saya pernah dinyanyikan oleh penyanyi dari Taiwan seperti Na Ying,” katanya yang amat meminati penyanyi Barat, Norah Jones.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif 8TV, Ahmad Izham Omar tidak meletakkan mana-mana peserta pilihan dalam program realiti TV tersebut.
Sebaliknya, beliau menganggap 12 peserta cat mempunyai kelebihan
masing-masing dan terpulanglah peserta mana yang paling berjaya mencuri tumpuan para penonton.
“Kami tidak kisah siapa juga yang akan muncul sebagai juara kerana setiap peserta yang kami pilih dalam program realiti TV ini adalah yang terbaik.
“Tetapi kami akan nasihatkan para pemenang program realiti TV ini bagaimana mahu menggunakan hadiah wang RM1 juta tersebut,” komennya ringkas pada majlis itu.
Selain Suki, 11 lagi peserta program realiti TV itu ialah Ahmad Faizal Mohd. Tahir, Anny Johanna Mohamad Shariff, Muhammad Aliff Mohd. Satar, Norshammeme Arzeyana Shamsuddin, Shameen Shah Halim Shah, Farah Asyikin Zulkifli, Alif Azfar Ishak, Dayang Nurfaizah Awang Dowty, Mohd. Lokman Abdul Mutalib, Noor Hasliah Abu Hassan dan Zaihanee Zainal Abidin.
Ada antara peserta program realiti TV ini pernah bergelar penyanyi dan merakamkan album seperti Dayang Nurfaizah, Anny Johanna, Alif Azfar serta Ahmad Faizal yang merupakan bekas anggota kumpulan nasyid, Mirwana.
One In A Million akan memulakan pertandingan pada setiap Jumaat pukul 9.30 malam mulai 21 Julai ini menerusi 8TV.
Pemilihan juara pertandingan program tersebut ditentukan 100 peratus menerusi undian SMS selain kritikan juri profesionalnya, Paul Moss dan Syafinaz Selamat.