Post by uptowndragon on Jun 5, 2007 10:36:30 GMT 7
News Article Extracted From KOSMO (Hiburan) 31st May 2007
Oleh ELRAFAEI SAPI
elrafaei@kosmo.com.my
MALANG BUAT ORANGE, VISH
ENAM orang peserta sudah kecundang sebelum ini. Pada episod Top 14, program So You Think You Can Dance yang berlangsung dari Ruums, Life Centre, Kuala Lumpur pada malam Khamis lalu me-nyaksikan dua orang lagi peserta disingkirkan keluar dalam pencarian penari yang benar-be-nar hebat dan berbakat.
Sama seperti program realiti televisyen yang lain, cabaran yang ditempuh oleh peserta program ini tetap sengit dan segala kemungkinan boleh berlaku andai penonton menggunakan kuasa khidmat pesanan ringkas (SMS) dalam menentukan nasib peserta untuk pergi ke peringkat seterusnya.
Seramai 14 orang peserta bersaing pada pusingan yang lalu dan setiap daripada mereka diuji dengan pelbagai rentak tarian berbeza dan paling penting, mereka perlu bijak ber-komunikasi dengan pasangan masing-masing agar keyakinan juri profesional dan penonton tidak goyah.
Nampaknya nezeki tidak berpihak kepada pasangan Chung Ming Ming yang lebih mesra dipanggil Orange dan Vishnu Nadarajah (Vish) apabila minggu lalu menjadi episod terakhir persembahan mereka.
Diberi ujian tarian Malaysian Contemporary, persembahan mereka tetap dinilai mempunyai kekurangan biarpun mempunyai keserasian yang baik.
Empat orang juri profesional iaitu Yannus Sufandi, Judimar Hernandez, Ramli Ibrahim dan Pat Ibrahim sebulat suara berpendapat pasangan ini masih mempunyai masalah dalam aspek koreografi.
Orange dan Vish berkongsi kedudukan em-pat peserta yang tergolong dalam kedudukan terendah bersama-sama Nikki Cheang Mon (Nikki) dan Isaac Lin Chih Seng (Isaac).
Sebelum keputusan penyingkiran diumum-kan, keempat-empat peserta ini diberi pe-luang kedua untuk menampilkan persem-bahan secara solo selama 30 saat dalam usaha meraih undi SMS terakhir daripada penonton.
Bagaimanapun, undi SMS juga masih tidak dapat membantu Orange' dan Vish untuk terus kekal bersaing pada minggu seterus-nya.
Akui Vish yang ditemui selepas program tersebut berakhir, perasaan tersingkir sudah dirasai sebelum membuat persembahan te-tapi tetap berpuas hati dengan persemba-hannya kali ini.
Disokong oleh Orange yang masih mampu tersenyum berpendapat mereka tetap gem-bira dengan mutu persembahan yang di-tampilkan malah tidak berasa kecewa dengan keputusan yang telah dibuat kerana mereka benar-benar terhibur.
Vish melihat pemilihan lagu yang dise-suaikan dengan tarian yang ingin dipersem-bahkan memainkan faktor yang cukup pen-ting dalam memikat hati juri dan penonton.
Sebaliknya, pemilihan lagu pada persembahan malam itu tidak menjadi sehingga menjejaskan prestasi mereka berdua. Orange pula menyatakan penyertaan mereka berdua sehingga layak ke peringkat Top 14 sudah dinilai bernasib balk dan melihat cabaran daripada peserta lain sememangnya cukup sengit.
"Kami tidak merasakan kegagalan persembahan kami ini merupakan penghujung ke-pada karier dan cita-cita kami. ini baru per-mulaan. Minat kami terhadap bidang tarian akan tetap diteruskan. Terima kasih kepada semua yang menyokong persembahan kami selama ini," kata Orange.
Tetap berasa terharu kerana menerima undian SMS penonton yang paling rendah, mereka berdua yang menjadi pasangan peserta pertama yang membuat persembahan pada malam itu sepakat berpandangan keputusan daripada pihak juri masih tetap adil.
Pada persembahan malam itu, menyak-sikan tujuh pasangan digandingkan sekali lagi bagi menonjolkan tarian yang ditugaskan kepada mereka sebelum ini.
Pasangan Nikki bersama Mohd Yunus (Yuz) menampilkan persembahan Broadway yang menghiburkan diikuti pasangan Suhaili Mi-chelin (Sue) dan Isaac yang membawa tarian kontemporari masih terselamat biarpun juri Ramli dan Pat kecewa dengan persembahan Isaac yang tidak memberangsangkan.