|
Post by anastasia on Jun 26, 2021 12:43:53 GMT 7
Muhibbah Boria Open For Audition @ Zoom (4/7/2021)The Performing Arts Centre of Penang (penangpac) is looking for 15 participants from all layers of our community to join MUHIBBAH BORIA. Please support our initiative to bring Malaysians together in the name of arts. Thank you. PENCARIAN KUMPULAN BORIA DARI SEGENAP LAPISAN MASYARAKAT KINI BERMULA! Pentas Seni Pulau Pinang (penangpac) dan BORIA OMARA dengan sokongan Cultural Economy Development Agency (CENDANA), MyCreative Ventures dan PENJANA mempersembahkan "Muhibbah Boria", satu usaha murni menggabungkan pelbagai lapisan masyarakat Malaysia yang berbeza latar belakang, demi menrancakkan seni dan budaya tempatan khususnya di dalam seni persembahan Boria. Kami mencari 15 orang peserta bagi menganggotai kumpulan "Muhibbah Boria". Peserta yang terpilih akan melalui bengkel latihan dari 17 Julai sehingga 5 September (12 kelas, berdurasi 2 jam) di bawah bimbingan Encik Omara Omar Hashim. Pementasan akan diadakan pada 10 hingga 12 September 2021. Uji bakat online akan diadakan pada 4 Julai jam 11 pagi - 1 tengahari dan terbuka kepada: warganegara Malaysia; 21 tahun dan ke atas; boleh bertutur di dalam bahasa kebangsaan; berminat dalam bidang seni dan budaya tempatan. pada asasnya boleh berlakon, bersketsa, menyanyi dan menari. Bagi yang berminat, sila hantarkan maklumat anda kepada wazir@penangpac.org maklumat lanjut, sila layari event page Muhibbah Boria: www.facebook.com/events/2067782273361401/
|
|