Post by anastasia on Sept 1, 2020 10:22:23 GMT 7
Lambang Sari Series "Tanah Airku" @ Lambang Sari, Istana Budaya, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur (2/9/20)
When: 12.00 pm, Wednesday, 2nd September, 2020
Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK) juga d**enali sebagai National Symphony Orchestra (NSO) akan mengadakan empat (4) siri konsert iaitu Lambang Sari Series (LSS) bertujuan mempromosikan Lambang Sari iaitu ruang persembahan berkonsepkan arena dengan keluasan lantai lima ratus (500) meter persegi yang terdapat di Istana Budaya. Program ini adalah salah satu program jangkau luar OSK dan Istana Budaya untuk memberi lebih banyak pendedahan dan menarik minat khalayak ramai terhadap persembahan berbentuk orkestra.
Pada 12 Febuari 2020, OSK telah menjayakan siri pertama LSS yang bertemakan Series Repertoire. Sempena bulan kemerdekaan pada tahun ini pula, OSK akan mementaskan siri LSS ‘Tanah Airku’ bertempat di Panggung Sari berikutan saiz kapasiti untuk tempat duduk di Lambang Sari adalah terhad.
Konsert ini bakal berlangsung selama satu (1) jam bermula dari 12.00 tengahari dan turut dihadiri jemputan khas termasuk YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia dan Pengurusan Tertinggi, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MoTAC) serta wakil-wakil media.
Siri Malaysian Childhood Memories dan Festive Season with NSO akan diadakan pada 14 Oktober 2020 (Rabu) dan 2 Disember 2020 (Rabu) bermula jam 12.00 tengahari selama satu (1) jam di Panggung Sari, Istana Budaya. Orang ramai yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi Unit Promosi, Istana Budaya di talian +603 40265555 dan yang ingin ke Istana Budaya perlu mematuhi SOP yang telah ditetapkan untuk menjamin keselamatan dan kesejahteraan semua.
Song List "Tanah Airku"
Drumline PDRM
Overture "Tanah Airku"
Medley "Jalur Gemilang / Tanggal 31 / Perajurit Tanah Air"
Medley "Sejahtera Malaysia / Setia" – Ernie Zakri "Gemuruh"
Medley "Saya Anak Malaysia / Keranamu Malaysia"
"Standing in The Eyes of The World" – Cartez Jacqueline
Lagu tema kemerdekaan "Malaysia Prihatin" – Ernie Zakri