Post by anastasia on Dec 31, 2019 14:55:34 GMT 7
Konsert 4G's - Gabungan Melodi Terindah @ Panggung Sari, Istana Budaya, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur (17 & 18/4/2020) (11 & 12/12/2020) (02 & 03/07/2021)
UPDATED!!!
Tenaga, pengaruh dan kuasa muzik mereka tidak pernah hilang getar di hati peminat. Dari awal kemunculan hinggalah membina portfolio sebagai penerus legasi seni yang menunjang kemas dalam gelanggang muzik tanah air, empat penyanyi lelaki generasi masa kini: Black, Hazama, Tomok dan Akim bersedia untuk menerjang emosi peminat dengan melodi kecintaan mereka menerusi sebuah konsert berskala mega.
Julung kali disatukan, tidak cukup dengan Anugerah Terindah, Mana Mungkin dan Sofea Jane daripada Black; Cinta Teragung, Malaikat dan Penglipur Lara (Hazama); atau Sejarah Mungkin Berulang oleh Tomok dengan seleksi Bagaikan Bidadari dan Arjunanya; Akim bersama Bengang serta Mewangi, konsert tersebut menyandarkan melodi lagu-lagu terindah dari era muzik yang membesarkan dan memberi inspirasi terhadap pertumbuhan empat penyanyi itu sehingga kini sebagai konsep pengisian.
Dinamakan sebagai Konsert 4G’s: Black, Hazama,Tomok & Akim, paduan suara dengan tagline ‘Gabungan Melodi Terindah’ itu juga boleh disifatkan sebagai quartet terhebat yang pertama kali dipersembahkan dalam sebuah konsert di Malaysia, di Istana Budaya khususnya.
Biarpun masing-masing memiliki lagu-lagu popular yang pastinya jadi siulan peminat, namun untuk 4G’s, mereka juga tidak cenderung dipersembahkan sebagai penyanyi solo, sebaliknya sebagai sebuah kombinasi yang akan saling berpadu suara dalam setiap lagu dendangan.
Dengan kata lain, mereka akan ‘dilahirkan’ sebagai sebuah grup daripada generasi masa lalu dan generasi masa kini.
“Idea menggabungkan empat atau tiga vokalis dalam sesebuah konsert memang tidak asing, tetapi repertoirnya masih fokus terhadap persembahan solo setiap artis, cuma ada segmen duet beramai-ramai. Itu pun tidak banyak.
“Untuk 4G’s, konsepnya lebih terhadap penyatuan keempat-empat penyanyi dalam setiap lagu, semacam quartet dengan keunikan karakter pada setiap penyanyi. Persembahan solo tetap ada, tetapi dalam segmen awal sahaja,” kata wakil Belbis Sdn.Bhd. selaku penerbit/penganjur konsert.
Berpengalaman menganjurkan beberapa konsert terdahulu seperti Romansa Kris Dayanti, dan M. Nasir Sang Pencinta, pihak Belbis yakin pemilihan Black, Hazama, Tomok dan Akim untuk dua malam persembahan akan menjanjikan hiburan berbaloi dengan harga tiket yang dibayar penonton.
“Mereka ada banyak lagu popular dan setiap orang ada kelebihan vokal serta identiti muzik tersendiri. Untuk konsert nanti, kami hanya perlu memenuhkan 450 tempat duduk dalam Istana Budaya untuk setiap malam, dua malam persembahan dan berkemungkinan akan ditambah kepada 1 malam lagi namun ia bergantung kepada keadaan dan perlu mengikuti SOP ketat yang telah ditetapkan.
Sebagai kelainan yang dijangka menyuntik kesegaran bahkan menambahkan aura empat sekawan 4G’s, Black, Hazama, Tomok dan Akim kini tidak sabar lagi mahu menrealisasikan konsert tersebut setelah sekian lama tergendala.
Sesuatu yang jarang berlaku, single yang pertama kali menyatukan empat suara anak jantan industri muzik tempatan itu dijangka akan dilancarkan pada awal Dec 2020 dan lebih istimewa menjadi hiburan bonus buat penonton Konsert 4G’s.
Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (KKMM) telah bersama membantu penganjur bagi melancarkan lagi perjalanan konsert ini yang telah tertangguh sebelum ini. Selain itu Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya Malaysia ( MOTAC) turut bersama memastikan konsert ini akan berjalan seperti yang dirancang.
Bermula 15 October 2020 peminat peminat Konsert 4G’s boleh mendapatkan tiket melalui airasiaredtix.com airasiaredtix.com/tickets/konsert-4gs-2020#tab-tickets
Suria Fm bertindak selaku Radio Rasmi bagi konsert 4G, manakala Mewah Event Management menjayakan AMP konsert 4G dan Malayaku bertindak sebagai ‘Official Merchandise’ serta lain-lain lagi seperti AV Group, Lentera Creativehome, PixoraPhoto, RedDiamond, Zai Sri Gemilang dan ArieZaharie Production.
Pihak pengurusan Belbis Sdn Bhd memaklumkan kepada semua peminat yang telah membeli tiket sebelum ini akan mendapat e-tiket yang baru yang akan di hantar melaui email masing-masing mulai hujung bulan Oktober ini. Tiket-tiket tersebut akan menikut hari yang telah di beli sebelum ini untuk tarikh baru iaitu 11 dan 12 Disember 2020.
Untuk pertanyaan dan sebarang informasi mengenai konsert atau tiket peminat boleh menghantar masej (DM) kepada Instagram @konsert4gs atau @belbisproductions
Featuring:
Black
Hazama
Tomok
Akim
Ticketing Information:
Ticket Prices:
Bronze: RM 94.00
Silver: RM 244.00
Gold: RM 344.00
Platinum: RM: 424.00
Diamond (Mocktail & VIP Access) RM 514.00
VVIP: (VVIP Access, Parking & Mocktail) RM 984.00
Ticketing: Hotline: +6018 2488184
Online Booking: airasiaredtix.com/tickets/konsert-4gs-2020#tab-tickets
Layout:
FB: web.facebook.com/konsert4Gs/
For More Information:
Phone: +603 40265555 / +603 40265555
Email: info@istanabudaya.gov.my
URL: www.istanabudaya.gov.my
TW: twitter.com/IstanaBudaya
FB: www.facebook.com/istanabudaya