Post by anastasia on Mar 18, 2019 14:05:21 GMT 7
Dato' Sri Siti Nurhalizah On Tour Live In KL @ Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur (16/3/19)
SITI PUKAU LEBIH 10 RIBU PEMINAT DI AXIATA ARENA
Story: Nazrulazuad Ahmad Photos: Kamarulsahrin Katis
Lebih 10 ribu peminat membanjiri Axiata Arena, Bukit Jalil bersempena konsert Datuk Sri Siti Nurhaliza on Tour. Ianya adalah lokasi ketiga selepas Indonesia dan Singapura.
Konsert anjuran Shiraz Projects ternyata cukup eksklusif dengan penggunaan video maping secara maksima selain penataan cahaya yang cukup gah serta sistem bunyi yang mampu memberi impak kepada penonton.
Tirai konsert terlebih dahulu di buka oleh penyanyi kelahiran Indonesia, Yura Yunita dan Natasha Shass. Masing-masing telah menyampikan dua buah lagu sebelum pentas di serahkan sepenuhnya kepada Datuk Sri Siti Nurhaliza.
Tepat jam 9 malam suasana di dalam stadium ternyata cukup gamat dengan lontaran suara penonton yang sudah tidak sabar untuk melihat penyanyi kesayangan mereka beraksi. Pentas di buka dengan nuansa tradisional yang memaparkan wayang kulit sebagai motif utama sebelum tampil dengan lagu Badarsila, Joget Berhibur dan Joget Kasih Tak Sudah.
“Assalammualaikum, jutaan terima kasih kepada anda yang tidak jemu-jemu menyokong kerjaya seni saya selama ini”, ujar Datuk Sri Nurhaliza
Setelah 20 tahun, Siti kembali semula ke lokasi yang sama sewaktu konsert sulungnya yang telah di adakan pada tahun 1999.
“Rasa aura 20 tahun lalu kembali. Anda semua masih ingat konsert saya pada 1999? Kenangan itu yang paling manis buat saya apatah lagi baru berusia 19 tahun waktu itu.
“Hari ini, saya di sini. Walaupun stadium sudah bertukar nama, tapi saya masih Siti yang sama seperti dulu. Mungkin saiz saja berbeza”, sapa Siti lagi.
Tidak ketinggalan, Siti memberikan penghormatan kepada komposer terkemuka Allahyarham Datuk Suhaimi Mohd Zain atau Pak Ngah dengan menyampaikan lagu-lagu ciptaan Allahyarham, antaranya Nirmala, Balqis dan Hati Kama serta Cindai yang beliau anggap sebagai masterpiece daripada Pak Ngah.
Beliau turut memberi penghormatan buat Allahyarham Datuk Adnan Abu Hassan, individu yang bertanggungjawab membawa nama Siti Nurhaliza ke persada seni hiburan tanahair. Siti telah menyampaikan 3 buah lagu antaranya Jawapan Di Persimpangan, Jerat Percintaan dan Wajah Kekasih.
Dalam nada sebak, Siti yang mengakhiri siri jelajah konsert Datuk Sri Siti Nurhaliza On Tour 2019, di sini, mengajak peminat mengenang semua mangsa terutama yang terkorban di New Zealand, bencana alam yang melanda Pasir Gudang selain anak seni tempatan yang meninggal dunia.
Siti meneruskan persembahan dengan memetik beberapa buah lagu yang terdapat dalam album Transkripsi iaitu di bahagian korus . Antara lagu yang dipetik adalah Bila Harus Memilih, Cuba Untuk Mengerti, Intrig Cinta, Bisakah, Pastikan, Biarlah Rahsia dan Demi Kasih Sayang.
Siti kemudian mendendangkan lagu Seindah Biasa sebagai dedikasinya kepada peminat setia seraya mengabadikan memori bersama penonton yang hadir melalui telefon bimbitnya.
Siti Nurhaliza juga sempat berduet dengan Tulus lewat Seindah Biasa. Sebelum pentas di serahkan kepadanya. Tulus turut menyampaikan 2 buah lagu, Sewindu dan Jangan Cintai Aku Apa Adanya.
Siti kemudianya tampil dengan busana biru yang cukup anggun seraya mendendangkan lagu Siti Situ Sana Sini, Engkau Bagaikan Permata dan Indah Percintaan.
Melalui sesi akustik, Siti telah mempersembahkan lagu Comel Pipi Merah, Percayalah, Bukan Cinta Biasa, Aku Cinta Padamu dan Purnama Merindu..
Konsert Dato Sri Siti Nurhaliza on Tour diteruskan dengan lagu Anta Permana, Jaga Dia Untukku, Destinasi Cinta dan Lebih Indah. Siti menutup tirai konsert kali ini dengan lagu Bersandar Cinta.
Terdahulu Siti memulakan siri jelajahnya di Jakarta, Indonesia pada 21 Februari dan Singapura pada 2 Mac lalu.
Konsert itu turut dihadiri oleh beberapa penggiat seni tanah air seperti Siti Sarah, Shuib, Khai Bahar, Dayang Nurfaizah, Hael Husaini dan Jihan Muse.