Post by uptowndragon on Jul 17, 2018 0:27:47 GMT 7
Rockstage 4 - Brutal Arise In Penang This August 2018
FTG, METALASIA & PHENOMISTIK BAKAL BERAKSI DI PULAU PINANG OGOS INI
Story: Nazrulazuad Ahmad
FTG, Metalasia dan Phenomistik bukanlah nama asing dalam kalangan peminat muzik metal tanah air. Kredibiliti serta komitmen yang jitu dalam melahirkan karya-karya hebat sememangnya sudah tidak perlu dipertikaikan lagi.
Meskipun pernah beberapa kali tampil dalam konsert dan pentas yang berlainan namun karisma yang dimiliki FTG dan Metalasia sentiasa menjadi perhatian peminat. Tidak hairanlah mengapa pihak penganjur, Rockstage Entertainment masih lagi ‘merantai’ kedua-dua kumpulan ini.
Peminat di Pulau Pinang khususnya bakal di sajikan dengan sebuah lagi persembahan hebat daripada kumpulan yang ditubuhkan oleh One Barchiel iaitu Phenomistik. Bagi penggemar wirama berat, nama One Barchiel bukanlah asing malah karyaan beliau yang memartabatkan terma melayu nusantara sentiasa di terjemahkan dalam melodi dan lirikal yang dihasilkan.
Khusus buat semua, 3 jentera hebat ini akan bergabung untuk beraksi di konsert Rockstage IV yang bakal berlangsung di Tapak Pesta Sungai Nibung, Pulau Pinang pada 4 Ogos ini jam 8 malam.
Sebelum kemunculan FTG dan Metalasia, peminat akan dihiburkan dengan persembahan kumpulan Phenomistik yang membuka tirai Konsert Rockstage IV anjuran Rockstage Entertainment ini. Menariknya kali ini Rockstage Entertainment akan tampil dengan tema “Brutal Arise”, bersesuaian dengan tema muzik yang cukup berat.
Wakil penganjur, Talib Othman berkata, Konsert Rockstage IV ini adalah lanjutan daripada konsert Rockstage III yang di adakan pada 3 Mac lalu menampilkan FTG dan Metalasia dan ianya telah di adakan di Tawau.
“Berikutan sambutan menggalakkan daripada peminat, kami selaku penganjur memberi ruang dan peluang kepada peminat FTG, Metalasia dan Phenomistik yang berada di utara tanah air pula untuk menikmati persembahan mereka pula.
“Walaupun ia berlainan konsep, saya pasti setiap kumpulan mempunyai kelebihan mereka sendiri,” katanya.
Talib menjanjikan peminat akan berpuas hati dengan konsep persembahan dan sistem bunyi yang ditampilkan tentunya akan meninggalkan nostalgia tersendiri buat yang hadir.
Tiket untuk menyaksikan konsert ini berharga RM 68 dan boleh didapati di kaunter jualan di lokasi konsert berlangsung pada hari persembahan.
“Jualan tiket sebenarnya sudah bermula dan setakat ini sambutannya sangat memberangsangkan. Malah ada peminat dari Sabah, Sarawak dan Brunei malahan daripada Singapura sudah membuat tempahan awal tiket,” ujarnya lagi.
Keterangan lanjut mengenai konsert ini boleh didapati menerusi Facebook Rockstage Entertainment.