Post by uptowndragon on Jun 5, 2018 9:34:46 GMT 7
Andi Bernadee - Semalam Sahur Di Mana (Released 25/6/18)
NEWCOMER ANDI BERNADEE RELEASES SONG FOR RAMADHAN
News Release: Warner Music Malaysia (Sabrina Nor Azman) Compiled By: Dragon
Mula mencuri perhatian peminat menerusi nyanyian parodi lagu ‘Tak Tun Tuang’ yang pernah tular pada penghujung tahun lalu, penyanyi Andi Bernadee kini bakal tampil dengan single khas terbaru sempena Ramadhan berjudul “Semalam Sahur Di Mana”. Jika sebelum ini Andi mendendangkan lagu berentak balada menerusi single pertamanya ‘Tiada Lagi Maaf’. “Semalam Sahur Di Mana” pula menyaksikan Andi mebawakan lagu berentak hip hop.
“Semalam Sahur Di Mana” merupakan percubaan Andi untuk mengangkat tema ibadah sahur sempena bulan Ramadhan yang sedang berlangsung.“Selalunya masa menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadhan kita selalu fokus kepada waktu berbuka puasa, seperti nak makan apa atau nak berbuka kat mana. Tapi kali ini kami ingin tekankan tentang kepentingan waktu sahur pula. Agar waktu sahur tu sama meriah dengan waktu berbuka puasa. Lagi pun lagu ini catchy, sesuai untuk digunakan bahan usik kawan-kawan,” jelas Andi.
“Semalam Sahur Di Mana” merupakan rakaman semula kepada lagu asal nyanyian dan ciptaan penyanyi rap terkenal Indonesia, Roy Ricardo iaitu ‘Semalem Sahur Dimana’. Bagi memastikan single ini diterima baik oleh peminat, susunan muzik “Semalam Sahur Di Mana” diberi nafas baru oleh Ikhwan manakala lirik pula digubah semula oleh Omar K. “Dalam lagu asal, Roy muziknya lebih kepada rentak EDM tetapi kami ubah balik lagu ini agar kena dengan citarasa peminat muzik tempatan dan lirik pula sesuai dengan budaya dan cara hidup rakyat Malaysia,” jelas Omar K.
“Semalam Sahur Di Mana” kini boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBox , Deezer dan juga iTunes bermula 25 MEI 2018.
IKUTI PERKEMBANGAN LANJUT ANDI BERNADEE DI MEDIA SOSIAL
FACEBOOK: @andibernadee2015
INSTAGRAM: @andibernadee
TAGS: #AndiBernadee #SemalamSahurDiMan #WarnerMusicMalaysia #RentakSejuta