|
Post by uptowndragon on Sept 29, 2006 13:04:55 GMT 7
8TV nafi wujud konspirasi OIAMPETALING JAYA: Ketua Pegawai Eksekutif 8TV, Ahmad Izham Omar menafikan wujud konspirasi dalam menentukan pemenang One In A Million (OIAM)berikutan rungutan penonton undian mereka ditolak pada pertandingan, Jumaat lalu. Izham berkata, keadaan itu disebabkan limpahan undian khidmat pesanan ringkas (SMS) pada saat akhir. Katanya, kesesakan bermula pada jam 10 malam mengakibatkan pembekal aplikasi perniagaan, Dapat Vista (M) Sdn Bhd tidak dapat memproses undian. ¡§Bagaimanapun, undian menerusi talian tetap tidak menghadapi apa-apa masalah,¡¨ kata Izham pada sidang media, di sini, semalam. Biarpun berdepan masalah penerimaan undian, Izham tidak melihat kekurangan itu. Izham berkata, sidang media khas itu diadakan bagi menerangkan keadaan sebenar malam final OIAM yang menyaksikan calon pilihan ramai, Ahmad Faizal Mohd Tahir (Faizal) tewas di tangan Low Sook Yee (Suki). Sementara itu, Dapat Vista memberi jaminan untuk memulangkan semula wang kepada pengundi yang ditolak undian yang masuk sehingga jam 11.21 malam pada 22 September lalu. Naib Peresiden Eksekutifnya, Azli Paat, berkata pengundi boleh melayari laman web: www.dapat.com/oiam dan menyertakan butiran diri seperti nama penuh, nombor telefon bimbit, nama bank dan nombor akaun. Pemulangan wang akan dilakukan dalam tempoh 30 hari. Untuk keterangan lanjut Dapat menyediakan talian hotline 03-55692840 (24 jam) dan 03-55692755 (waktu pejabat).
|
|