Post by uptowndragon on Dec 21, 2018 12:31:27 GMT 7
Konsert The ERA @ Pangung Eksperimen, Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur (28/12/18)
When: 8.30pm - 10.30pm, Friday, 28th December, 2018
Sebuah acara produksi muzik, Konsert The Era anjuran pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda Tahun 2, Fakulti Pengurusan Seni dan Budaya ASWARA. Ia diadakan pada 28 Disember 2018 dan bertempat di Panggung Eksperimen, ASWARA.
Konsert ini berkonsepkan kronologi lagu-lagu bermula dari tahun 50’an sehingga tahun 2018. Acara ini diadakan adalah untuk meraikan kegemilangan kronologi karya-karya lagu dan kelahiran artis yang menjadi nostalgia dan idola bermula dari generasi 50’an hingga kini (2018). Selain itu, konsert ini mengangkat tema “Celebration of Music” di mana ia menjadi sebuah acara yang meraikan pencapaian ciptaan sesebuah karya lagu & kemunculan artis yang menempa nama tersohor dalam era tersebut. Konsert ini juga turut mengetengahkan konsep “You are Your Idol” di mana ia memberi maksud identiti seseorang individu itu adalah berdasarkan duplikasi imej artis yang diminati. Acara konsert ini menggalakkan para penonton untuk hadir dengan menampilkan gaya dan imej yang diinspirasikan dari idola (penyanyi) dalam sesebuah era.
Pemilihan lagu adalah berdasarkan pencapaian yang dianugerahkan kepada setiap karya lagu dan tersenarai dalam kemenangan Anugerah Industri Muzik & Anugerah Juara Lagu. Konsert The Era juga membawakan kelainan dari segi visual dan artistik dengan sebuah persembahan yang mengekalkan estitika dan keaslian (authenticity) komposisi lagu dengan tujuan untuk memberikan senario dan mood asal dalam sesebuah transisi perubahan era muzik di Malaysia.
Antara barisan artis yang membuat persembahan adalah Alvin Chong, Ayie Elham & Eric Fuzi dari kumpulan Floor 88, kumpulan Twenty 2, Shaffiq Erwin, Azzam Sham (Idola Kecil), Idris Shah (Bintang RTM), Akmal Ayob, Alyssa Rosli (I Can See Your Voice) serta pelajar-pelajar Fakulti Muzik ASWARA. Konsert The Era telah dihiburkan dengan pengacara Aril Fazrie. Konsert ini juga telah mengadakan segmen pakaian terbaik iaitu #ContestTheEra, penonton berpeluang memenangi hadiah istimewa. Peraduan #ContestTheEra ini menggalakkan para penonton untuk hadir dengan menggayakan kostum berdasarkan era-era muzik yang diminati. Hal ini kerana, ia selari dengan tema “You Are Your Idol”.
Konsert The Era ini telah mendapat kerjasama & penajaan dari Rentap Printing Enterprise, penajaan teknikal dari Prime Time Event Consultant (PTE) & Virtuosity, penajaan cenderahati dari Popcorn Cinta, penajaan tatarias dari Love Flying Team.
Featuring:
Ara Johari
Alvin Chong
Ayie Elham
Twenty2
Azzam Sham
Aman Aziz
Shafiq Erwin
Alyssa Rosli
Derihh
Akmal Ayub
Admission: FREE
For More Information:
Phone: +6017 3534218 (Dania) / +6013 3046660 (Kirin)
FB: web.facebook.com/Konsert-The-ERA-2018-586124198524380/
Email: info@aswara.edu.my
URL: www.aswara.edu.my/webportal/ms/
TW: twitter.com/ASWARA_Official
FB: web.facebook.com/aswara.edu/