Post by anastasia on Nov 5, 2018 22:23:26 GMT 7
Konsert Duo Legenda Datuk M. Nasir & Datuk Jamal Abdillah @ Panggung Sari, Istana Budaya, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur (20 - 23/12/18)
When: 8.30 pm, Thursday - Sunday, 20th - 23rd December, 2018
Lagu Ghazal Untuk Rabiah duet dua legenda muzik tempatan, Datuk M Nasir dan Datuk Jamal Abdillah adalah antara lagu terbaik pernah dirakamkan dalam arena muzik tanah air.
Biarpun sudah dicipta hamper 23 tahun lalu,lagu yang pernah menjuarai Anugerah Juara Lagu pada tahun 1997 itu tetap terus mendapat tempat di hati para pendengar sehingga kini.
Lagu yang dipetik daripada album Jamal berjudul Suratan Kasih pada 1995 itu turut diangkat sebagai juara dalam Anugerah Juara Lagu 1997.
Tidak dinafikan paduan suara mereka bagi lagu ciptaan M Nasir dan lirik oleh Cenderawasih ini cukup serasi. Jamal yang sinonim dengan muzik pop dan M Nasir dengan irama Nusantara, rock serta pop adalah gabungan yang mampu menghasilkan magis.
Malah mereka berdua sudah lebih 40 tahun berada dalam industry. Kekuatan muzik Jamal yang lebih kearah genre pop manakala Mnasir berlatarbelakang muzik Nusantara, rock dan pop pasti menjanjikan gandingan luar biasa.
“Saya mahu berkerjasama dengan M.Nasir kerana dia seorang legenda dalam industry muzik tanah air, ujar Jamal “.
Jamal turut bersyukur apabila , Konsert Duo ini telah mendapat persetujuan dari YAB Perdana Menteri menjadi Penaung Konsert Duo tersebut.
Kali ini, M Nasir dan Jamal bakal digabungkan dalam Konsert Duo Legenda yang bermuala dari 20, 21, 22 dan 23 Disember ini. Dijadualakan berlangsung selama empat hari dan akan menampilkan segmen santai bersama M.Nasir.
Ia juga pertama kali menyaksikan M Nasir dan Jamal digabungkan dalam dalam satu konsert di atas pentas bertaraf dunia dan diringi seramai 21 orang pemuzik professional dan d**etuai oleh pengarah muzik, Raja Shah Raja Sari.
Lebih istimewa terdapat satu malam Khas pada tarikh 22 Disember yang dinamakan sebagai Malam VVIP. Pada malam berkenaan terdapat satu segmen khas yang menampilkan kemunculan isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.
Wanita pertama Malaysia ini bakal menggesek biola sambal diiringi sebuah lagu nyanyian Jamal dan Mnasir.
Tujuan utama Malam VVIP dengan segmen khas itu diadakan adalah untuk mengutip dana dan disalurkan kepada pihak yang kurang berkemampuan seperti rumah anak nak yatim dan rumah kebajikan orang tua.
Pada malam itu kami akan menjemput mana-mana badan korporat yang sudi hadir menonton sambal menghulurkan bantuan.
Konsert selama empat malam yang dibawa khas oleh Shapadu ini akan berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur bermula jam 9 malam, dianjurkan oleh BinJamal Event , manakala En Rosnan Nordin selaku Pengarah Konsert.
Konsert berdurasi selama dua jam ini bakal menyaksikan mereka membawa lapan lagu popular dan evergreen masing-masing.
Jamal akan membawa lagu-lagu seperti Penghujung Rindu, Takdir Penentu Segala, Bicara Cinta, Di Sudut Kamar Hati, Deru, Mana Teman Seperjuangan, Di Sebalik Cinta dan Kau Lupa Janji, manakala M Nasir dengan lagu Hati Emas, Gerhana, Perjuangan, Sekuntum Bunga Plastik, Sesat Di Kuala Lumpur, Kolar Biru, Mustika dan Keroncong Untuk Ana.
Mereka juga bakal berduet dalam empat lagu iaitu Kepadamu Kekasih, Kiambang, Malam dan sudah pastinya Ghazal Untuk Rabiah.
Selain kekuatan vokal dan lagu-lagu malar hijau, konsert ini juga menjanjikan kepuasan buat penonton dengan penggunaan skrin LED, 'stage mobile' dan kesan khas untuk mood lagu.
Selain itu, konsert ini juga akan menampilkan penyanyi dari Australia yang mula mencipta nama di sini iaitu Cassidy Anderson. Cassidy akan menyanyikan lagu Dua Insan bersama M.Nasir dan Sandarkan Pada Kenangan bersama Jamal.
Segala urusan promosi bagi konsert ini di jayakan oleh Mewah Event Management, manakala Radio Sinar Fm sebagai radio rasmi konsert tersebut.
Ticketing Information:
Ticket Prices:
RM 158.00, RM 258.00, RM 358.00, RM 458.00 & RM 1,000.00
Ticketing Hotline: +603 21706333
Online Booking: www.ilassotickets.com/detail.aspx?EID=Y4vTZY4nRjnxgol4xZB6mQ==
For More Information:
Phone: +603 40265555
Email: info@istanabudaya.gov.my
URL: www.istanabudaya.gov.my
TW: twitter.com/IstanaBudaya
FB: www.facebook.com/istanabudaya