Post by uptowndragon on Aug 1, 2018 7:54:42 GMT 7
Konsert "Sudah Ku Tahu" Projector Band @ Quill Convention Centre, Quill City Mall, Kuala Lumpur (28/7/18)
KEHEBATAAN KONSERT "SUDAH KU TAHU" PROJECTOR BAND
Story: Nazrulazuad Ahmad Photos: Razali Razak (Razali Razak Photography)
Setelah hampir tiga tahun mencipta nama, Projector Band akhirnya merialisasikan impian peminat dengan mengadakan konsert sulung mereka yang telah di adakan pada 28 Julai lalu. Konsert anjuran JW Live Production Sdn Bhd, berjaya menggegarkan Quill Convention Centre, Quill City Mall, Kuala Lumpur dengan kehadiran lebih 1300 peminat setia Projector Band.
Projector Band yang ditubuhkan pada 25 Disember 2013 dibarisi Iskandar selaku vokalis, Razif (gitar utama) Isnaidi (gitar kedua), Ahmad Khusairi (gitar bass) dan Syafiq (pemain dram) tampak lebih berkarisma dan bertenaga dalam konsert “Sudah Ku Tahu”.
Konsert “Sudah Ku Tahu” yang bermula sekitar jam 9 malam itu turut menyaksikan kehebatan Ashral Hassan yang tampil melalui lagu Oh Cinta Oh Sayang. Ternyata percubaan berani beliau berjaya menawan tumpuan hadirin yang rata-rata menantikan kemunculan Projector band. Ikhmal Haziq kemudiannya mengambil alih pentas dengan mengabdikan Sedar sebagai taruhan.kehadiranya turut mengundang lontaran vokal bersama penonton. Pentas di panaskan lagi dengan persembahan Nazar Daud yang cukup popular dengan lagu Rela Demi Buat Mu. Kehadiran ketiga-tiga artis remaja yang sedang meningkat naik namanya di lihat satu perkembangan positif pihak penganjur dan juga syarikat rakaman yang mempertaruhkan jenama baru dalam konsert ini.
Suasana di dalam dewan kemudiannya gegak gempita dengan sorakan serta jeritan daripada penonton lantaran lampu di padamkan, ianya bermakna Projector Band bakal mengambil alih pentas. Tepat jam 9.20 malam 5 anak muda yang semakin memuncak namanya di persada seni muzik tempatan tampil dengan intro yang cukup menarik. Tanpa membuatkan peminat pasrah Pasti Ada kamu dipersembahkan sebagai juadah pembuka tirai . Tanpa membiarkan peminat menanti terlalu lama mereka kemudiannya membawakan laguThis Means War sebuah lagu saduran daripada kumpulan Avanged Sevenfold. Sebuah lagu yang cukup bertenaga untuk mengalirkan aliran adrenalin agar terus positif dengan persembahan yang akan mereka lancarkan.
Serangan demi serangan mereka aturtkan agar peminat tidak bosan selain menyembunyikan rasa gementar untuk tampil di dalam konsert sulung jenama sendiri. Sebuah lagi lagu saduran dipersembahkan kepada khalayak, Welcome To The Black Parade nyanyian asal kumpulan My Chemical Romance.
" Apa khabar semua?”, sapa sang vokalis kepada khalayak sebelum membawakan lagu Meski Pun Kau Tahu. Sebuah lagu yang cukup puitis liriknya seraya berselang seli dengan melodi yang cukup mesra pendengar. Setia Menantimu juga turut menjadi sandaran Projector band untuk konsert sulung ini.
Sebuah klip video di tayangkan kepada hadirin sebelum Projector Band tampil dengan lagu Aisyah. Lagu ini telah membuatkan seluruh lokasi gamat dengan suara peminat yang turut bernyanyi bersama. Mereka juga turut mendapat khidmat backing vokal yang cukup berkarisma iaitu Ezad, Baby dan Widy ( Gerhana Ska Cinta).
Sebuah lagu nyanyian asal kumpulan Aerosmith yang berjudul I Don't Want To Miss A Thing turut menjadi pilihan mereka, lagu ini juga pernah melatari filem Armageddon. Projector Band turut mempersembahakan lagu Matahari yang pernah dipopularkan oleh kumpulan Amuk.
Eka Shariff kemudiannya berduet bersama projector band melalui lagu Percaya Hati. Duet yang dilihat cukup berkarisma, sebuah lagi lagu yang menguji vokal duo remaja ini, Fantasia Bulan Madu nyanyian kumpulan search. Biarpun sedikit gubahan melodi telah di ubah, namun ianya masih tampak ketulenan malah di lihat sesuai dengan usia.
Tanpa lagu Sudah Ku Tahu, seakan tidak lengkap persembahan Projector Band. Maka dewan kembali bergema dengan untaian nyanyian yang berharmoni di antara peminat yang rata-rata masih lagi berusia belasan tahun dan meningkat remaja.
Kekuatan konsert “Sudah Ku Tahu” bukan hanya terletak pada Projector Band selaku tunjang utama tetapi penataan cahaya yang cukup hebat serta sistem bunyi yang di persembahan ternyata menjadikan malam yang suram menjadi hangat dengan dentuman dram, petikan gitar, lenggokan jari jemari serta lontaran vokal yang menyerlahkan energi Sudah Ku Tahu.
Sebelum ini, single Sudah Ku Tahu membantu mereka mencipta nama dalam industri muzik dan membolehkan mereka menjejakkan kaki ke pentas Anugerah Juara Lagu ke-31 (AJL31), pada 2016. Mereka juga pernah tercalon dalam Anugerah Industri Muzik 2016 (AIM22), Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 (ABPBH 3.0) dan Anugerah Meletop ERA 2017 (AME).