Post by uptowndragon on Apr 5, 2018 23:32:12 GMT 7
Konsert Metal Head Open Air @ MAEPS Serdang (4/5/18)
BAND UNDERGROUND BAKAL GEGARKAN MAEPS SERDANG MEI INI
Story: Nazrulazuad Ahmad
Perjalanan sesebuah kumpulan muzik itu pastinya meninggalkan kesan yang mendalam sewaktu beraksi di pentas yang cukup besar di samping sistem bunyi yang cukup berkualiti selain dapat beraksi di hadapan ribuan peminat setia. Justeru itu pihak Dreamstage dengan kerjasama Magic Touch Global telah memberi ruang kepada pengiat muzik underground tempatan untuk tampil di konsert “Metal Head Open Air” yang bakal berlangsung pada 4 Mei nanti.
Door 2, Maeps Serdang bakal menjadi saksi kehebatan 5 jentera hebat yang punyai ramai peminat di kalangan pencinta nuansa muzik yang menjadi platform buat mereka. Sil Khannaz, Massacre Conspiracy, Undertaker, Restraint dan Farasu telah di pilih untuk memanaskan pentas Dreamstage yang di jangka bermula sekitar jam 9 malam.
Sil Khannaz nama yang cukup sinonim apabila kita berbicara tentang perkembangan scene Eastern Metal. Diasaskan di Kangar, Perlis sekitar tahun 1989, Sil Khannaz telah melahirkan beberapa album yang menjadi penanda aras kepada perkembangan muzik metal negara. Bermula dengan dengan 2 buah demo pada tahun 1990, karier mereka mendapat lonjakan dengan kelahiran album pertama “Conception Of Madness” yang telah diterbitkan oleh VSP Records pada tahun 1992. Album ini juga mencatat sejarah dimana, buatpertama kalinya band tempatan melahirkan album didalam format CD. Album tersebut mendapat sambutan yang amat menggalakan dari para pendengar.
Mereka terus melahirkan beberapa album dan mendapat sambutan hangat, seperti “Pendita Gila”, “Gerbang Kayangan”, “Bara Pawaka” dan“Berdiri diantara Panji-Panji”. Disamping itu mereka juga telah melahirkan beberapa kompilasi dan album tribute. Pernah mengadakan persembahan diseluruh pelusuk negara. Dari persembahan kelab seperti di Planet Holywood, Orange Club, Hard Rock Cafe dan Saloma Bistro sehinggalah Konsert di stadium seperti konsert” Rock The World”. Selain dari itu mereka juga pernah diundang untuk mengadakan persembahan di negara jiran seperti Singapura, Indonesia dan Thailand. Pemilihan Sil Khannaz sebagai tunjang untuk konsert ini dilhat satu pilihan yang tepat kerana mereka bakal tampil dengan album terbaru, “Tawanan Dosa”.
Farasu yang bermula pada penghujung tahun 2002 menyaksikan penyatuan 2 buah kumpulan iaitu Brave In Vision dan Iron Storm. Jatuh bangun, pertukaran ahli sudah menjadi rencah buat sesebuah kumpulan yang di tubuhkan. Namun di sebalik kegagalan itu menjadikan setiap anggota Farasu menjadi semakin kuat.
Demi membuktikan bahawa mereka mampu berdikari, kumpulan yang ditunjangi oleh Shah Zaini, Nahak, Ordil Jay Sven, Apai dan Mus Fidayyin tampil dengan album pertama yang berjudul “Menongkah Arus” (2010). Album yang bernadikan eastern metal ini mendapat sambutan yang cukup menggalakkan di kalangan penggemar muzik berat tempatan. Album kedua yang berjudul “Against Tyranny” telah diterbitkan pada tahun 2015.
Kelahiran “Against Tyranny” seolah-olah membuka lembaran bagi Farasu kerana selain beraksi di dalam Negara mereka juga turut mendapat tawaran mengadakan persembahan di Indonesia. Antaranya adalah Jogja Brebeg Fest, Batam Undersickness 4, Dumai Tektonik, Daimonous Open Air dan sebagainya. Mereka juga turut di beri penghormatan untuk beraksi di Hard Rock Café selain pernah beraksi sempena konsert 30 tahun penubuhan Wings di Stadium Merdeka. Farasu juga di jadualkan akn tampil dengan album terbaru yang berjudul “Sulatus Salatin” yang dijadualkan akan rilis pada april ini.
Massacre Conspiracy pula adalah salah sebuah band yang berpaksikan genre Melodic Metalcore, mereka juga d**enali sebagai MC16. Kumpulan yang di tunjangi oleh 6 orang anak muda ini tidak kurang hebat apabila pada tahun 2011, MC16 telah dipilih untuk membuka persembahan untuk band-band antarabangsa seperti Carnifex (band) , Eyes Set to Kill , Suicide Silence, The Used, All Time Low, Story of the Year dan banyak lagi. Lebih daripada itu, mereka telah memilih untuk menjadi sebahagian daripada Destroy Shred Destroy dalam barisan untuk 3 siri. Mereka memasuki Hotsound Studio’s Battle of the Bands dan Rox Planet dan memenangi kedua-duanya. Sebagai juara Planet Rox, MC16 telah diberi peluang untuk membuat persembahan pada satu tahunan terbaik di festival muzik Kanada Envol et Macadam, berkongsi pentas yang sama dengan band metalcore As I Lay Dying.
Pada awal 2012, MC16 telah dipilih untuk mewakili Malaysia di Hard Rock Rising. Pada November 2012, menandakan sejarah apabila MC16 telah dicalonkan dalam Shout Awards 8TV untuk anugerah "Breakthrough Artist" dan memenangi anugerah tersebut. Selain itu Masaccre Conspiracy turut menjadi ‘opening act’ untuk konsert Megadeth di Malaysia.
Restraint juga tidak kurang hebatnya, band yang dipelopori oleh 5 orang anak muda ini ingin mengembangkan konsep old school hardcore yang diselami dengan elemen thrash metal sedikit sebanyak telah membuka ruang untuk peminat muzik masakini memberi perhatian kepada kumpulan yang cukup luas pengalaman beraksi bersama band-band yang cukup besar namanya.
Restraint yang di asaskan pada tahun 2000, telah menghasilkan beberapa karya sebagai tatapan untuk peminat antaranya ialah Pure From Blood dan Rise Above Head. Mereka pernah berkongsi pentas bersama Caliban, Sick Of It All, Napalm Death, Bleeding Through, Comeback Kid dan sebagainya. Peluang untuk beraksi bersama jentera hebat di Metal Head Open Air ini pastinya memberi pengalaman baru buat Restraint.
Selain Restraint, peminat juga bakal dihiburkan oleh kumpulan Undertaker yang pastinya bakal merancakkan lagi persada muzik ekstrim tempatan. Peminat yang ingin menyaksikan konsert “Metal Head Open Air” boleh mendapatkan tiket yang berharga RM50 di lokasi konsert atau hubungi 0126759583 untuk sebarang pertanyaan.